HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 November 2015

PAC akan panggil semula bekas CEO 1MDB

 
PAC berpendapat bahawa Datuk Shahrol Azral perlu memberi keterangan semula di hadapan jawatankuasa berkaitan pada 30 November 2015.


hasan-arifin,shahrol-alzal


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah membuat keputusan untuk memanggil semula bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata walaupun telah mendengar penerangan yang beliau berikan pada hari ini, namun Shahrol perlu dipanggil bagi mendapatkan beberapa penjelasan.

“PAC berpendapat bahawa Datuk Shahrol Azral perlu memberi keterangan semula di hadapan jawatankuasa ini pada 30 November 2015 (Isnin).

“Ia berikutan ada beberapa maklumat yang harus dimaklumkan semula kepada PAC sebelum mendengar keterangan daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda pada 1 Disember 2015 (Selasa),” ujarnya.

Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Rompin itu menjelaskan ia dilakukan agar PAC dapat membentangkan satu laporan jawatankuasa dengan lebih telus, menyeluruh serta adil.

“PAC telah mendengar keterangan Shahrol bermula daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) pada 2009 sehingga kepada penubuhan 1MDB secara rasminya pada September 2009.

“PAC juga mendengar keterangan Shahrul berhubung penubuhan syarikat usahasama 1MDB-PetroSaudi,” katanya.

Hasan juga menjelaskan selepas ini PAC akan memanggil Arul Kanda pada 1 Disember, bekas CEO 1MDB daripada April 2013 hingga Disember 2014, Hazeem Abdul Rahman pula pada 14 Disember 2015.

“Mantan Pengerusi Lembaha Pengarah 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta mantan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Azlan Zainol dan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB kini, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin pada 15 Disember 2015,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: