HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Mac 2016

Berjalan 340km, 15 hari bantah bauksit

 
16 orang berjalan dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi merayu kerajaan menghentikan perlombongan bauksit.


bauksit


KUALA LUMPUR: Seramai 16 orang wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk sanggup berjalan kaki sejauh 340 kilometer bagi mendesak kerajaan menyelesaikan pencemaran bauksit.

Menerusi program Red2Green itu, mereka berjalan dari Kuantan dan tiba di Kuala Lumpur hari ini, dengan membawa bersama memorandum rayuan untuk diserahkan kepada kerajaan.

Pengarah Projek Red2Green, Jefri Jaafar Tukemin, 48, berkata selama 15 hari berjalan kaki, mereka menghadapi pelbagai halangan terutama cuaca panas.

“Kami sanggup hadapinya apa yang penting bagi kami memorandum rakyat Kuantan dapat disampaikan kepada kerajaan kerana ia melibatkan kesihatan kami disana.

“Kami juga ingin mendesak pihak kerajaan supaya menghentikan terus perlombongan bauksit, kerana sepanjang tempoh moratarium selama tiga bulan kami tengok tidak ada jaminan bahawa isu ini akan selesai,” katanya.

Keibaan peserta itu disambut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail, Ahli Perlimen Kuantan, Fuziah Salleh, ADUN Semambu, Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan beberapa wakil pembangkang serta NGO.

Peserta itu bermalam di Dataran Merdeka dan akan berjalan kaki ke destinasi terakhir iaitu Parlimen, esok.

Tiada ulasan: