HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mac 2016

Kerajaan pertimbang lanjutkan moratorium bauksit

 
Kerajaan akan pastikan setiap syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi.


wan-junaidi


KUALA LUMPUR: Kerajaaan tidak menolak untuk melanjutkan pelaksanaan moratorium terhadap perlombongan bauksit di Kuantan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan akan memastikan setiap peraturan dipatuhi oleh pihak syarikat perlombongan sepanjang tiga bulan proses moratorium berjalan dan akan membuat keputusan sebelum perlaksaan itu tamat pada 15 April ini.

“Kita telah menetapkan ini perlu dipatuhi (syarikat) sepenuhnya, kalau tidak dipenuhi (sepanjang proses moratorium tamat) nanti saya akan buat keputusan dan bawa balik kepada jemaah menteri untuk diputuskan.

“Sebelum habisnya moratorium itu (15 April) kita akan umum apa keputusan kerajaan,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Mengulas mengenai memorandum yang diserahkan wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk yang mendesak pihak kerajaan mengentikan terus aktiviti perlombongan bauksit semalam, Wan Junaidi berkata, pihaknya akan meneliti setiap desakan pihak berkenaan.

Katanya, kerajaan terbuka dan menerima pandangan kedua belah pihak.

“Saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang perihatin dengan isu percemaran di negara ini. Jadi, biar kita lihat dulu, saya mengetahui isu kandungan (memorandum) saya akan baca semua. Kita juga ambil maklum kebimbangan masyarakat setempat khususya di Pahang.

“Jadi jangan bimbang, kita akan buat keputusan sebab kita mempunyai syarat dan syarat itu perlu dipatuhi dan kita sudah letak SOP ditempat (perlombongan), upamanya di pelabuhan, stockpile, pengangkutan dan juga tempat perlombongan,” katanya.

Semalam, seramai 16 orang wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk sanggup berjalan kaki sejauh 340 kilometer bagi mendesak kerajaan menyelesaikan pencemaran bauksit.

Menerusi program Red2Green itu, mereka berjalan dari Kuantan dan tiba di Parlimen hari ini, dengan membawa bersama memorandum rayuan untuk diserahkan kepada kerajaan agar menghentikan terus aktiviti perlombongan itu di Kuantan.

Tiada ulasan: