Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar mahu ahli parlimen DAP Tony Pua disiasat kerana komen di Twitter semalam berhubung keengganannya meminta maaf kepada keluarga mangsa tembakan polis Aminulrasyid Amzah.
"PCIRC @PDRMsia. Tweet ini sengaja memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan Rakyat. Panggil org ini dan Siasat," kata Khalid di laman Twitter beliau hari ini.
Khalid mengulas tulisan Pua di Twitter dan turut dimuatkan di Facebooknya semalam yang berbunyi, "Ini [orang] kata Aminulrasyid berusia 14 tahun ditembak oleh polis kerana terdapat senjata berbahaya dalam keretanya.
"Sekarang tunjukkan tiada bukti bahawa 'polis bertindak selepas mendapati parang di dalam kereta' dan hakim memutuskan bahawa Ketua Polis Negara adalah 'bersalah atas kesalahan yang dilakukan.
"Dan dia menolak untuk melakukan perkara yang baik meminta maaf kepada keluarga mangsa," kata Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata demikian sebagai mengulas keenganan Khalid meminta maaf kepada keluarga mangsa berhubung kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan