shahbudindotcom
Esok, 23 April akan berlangsung majlis memperingati Tun Ghafar Baba di Memorial Tun Ghafar Baba, di Bukit Peringgit, Melaka.
Ia
adalah sempena 10 tahun pemergian Allahyarham, salah seorang pejuang
terbilang UMNO yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Perdana
Menteri dan Ketua Menteri Melaka.
Perdana
Menteri, Najib Razak akan hadir ke majlis tersebut. Difahamkan semua
pemimpin tertinggi UMNO juga akan turut hadir di mana majlis
memperingati ulang tahun yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri
dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka itu akan diadakan secara
besar-besaran.
Berdasarkan
senarai mereka yang bakal memberikan ucapan, selain Najib selaku
Presiden UMNO/Perdana Menteri dan Tamrin yang mewakili keluarga Tun
Ghafar, satu-satunya pemimpin lain yang akan berucap ialah Tengku
Razaleigh Hamzah.
Tun
Khalil Yaakob tidak berucap, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron juga
tidak berucap, tiba-tiba hanya Tengku Razaleigh dijemput menyampaikan
ucapannya.
Difahamkan, pihak Jabatan Perdana Menteri sendiri yang mahu Tengku Razaleigh berucap di majlis itu.
Kenapa Tengku Razaleigh?
Adakah ini tanda-tanda sesuatu akan berlaku kepada Tengku Razaleigh tidak berapa lama lagi?
Ehem...ehem....jangan ada yang mula berpeluh dingin dengan berita ini!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan