HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 April 2016

Mahathir: Umur dah lanjut, tapi demi rakyat saya cuba..

Mahathir: Umur dah lanjut, tapi demi rakyat saya cuba..
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed berucap dalam Himpunan Bantah GST anjuran Parti Amanah di sekitar Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian oelh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


KUALA LUMPUR - Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas Himpunan Bantah GST di Dataran Merdeka hari ini ‎disambut oleh sebilangan peserta dengan laungan Bebaskan Anwar.

Mahathir yang hadir bersama isterinya, Tun Siti Hasmah Mohd Ali lengkap berpakaian kemeja kemas sementara Hasmah mengenakan baju blaus berwarna merah jambu.

Mahathir ketika memberi ucapannya hari ini berkata, beliau berterima kasih kepada rakyat kerana sanggup berpanas untuk menyatakan bantahan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Saya bersyukur rakyat sanggup berpanas terik untuk nyatakan pandangan mengenai  masalah yang dihadapi rakyat.

"Dan saya harap himpunan ini tidak sia-sia...suara saya pun sudah tiada, umur dah lanjut, tetapi demi rakyat saya cuba," katanya.


Tiada ulasan: