KUCHING: PAS kini bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN)
Sarawak ke-11, apabila selesai mengadakan mesyuarat akhir Jawatankuasa
Induk (JKI) dan menyerahkan watikah kepada sebelas calonnya semalam.
“Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man dan dihadiri Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali,
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Bendahari PAS Mohd Noor
Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee.
“Segala perkara berkaitan telah diselesaikan. InsyaAllah PAS bersedia
untuk memasuki medan pilihanraya,” kata Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar
Suhaili dalam satu kenyataan.
BN Sarawak memuktamadkan kesemua 82 calon dan penyerahan watikah lebih awal, iaitu pada 18 April lalu.
PAN pula mengumumkan senarai lengkap 13 calonnya ketika majlis pelancaran jentera pilihanraya semalam.
DAP juga mengumumkan senarai 29 calonnya sehari sebelumnya, dan mungkin
akan meletakkan calon di DUN Bukit Goram, berikutan pengunduran Larry
Sng yang juga meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Pekerja Sarawak
(SWP).
PKR pula hanya mengumumkan 35 calonnya semalam.
Parti itu sebelum ini dikatakan bakal bertanding di 40 DUN, namun calon
bagi lima lagi DUN belum diputuskan ekoran parti itu masih dalam
perbincangan, bagi mengelak pertembungan dengan DAP dan PAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan