PETALING JAYA: Ketua ajaran sesat, Ariffin Muhamad atau lebih dikenali
sebagai Ayah Pin, 74, meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di
Kampung Batu 13, Hulu Besut, Jertih, malam tadi.
Isterinya, Che Jaharah Awang, 56, berkata, suaminya meninggal dunia, pada 8.30 malam tadi.
Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di perkampungan itu. kira-kira 8 pagi ini.
Ayah Pin yang juga pengasas kepada `Kerajaan Langit’ yang disenaraikan
kumpulan ajaran sesat itu dikatakan menghidap angin ahmar sejak beberapa
tahun lalu.
Dia meninggalkan tiga balu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan kematian Ayah Pin, lapor Harian
Metro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan