Polis telah diberikan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap aktivis Muhammad Zhafran Muhammad Zuhdi untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan.
Muhammad Zhafran ditahan pada pukul 3.30 petang di Kuala Lumpur semalam selepas dia ditangkap menampal karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada kereta peronda polis di perhimpunan anti- GST.
Zhafran dibawa ke Balai Polis Daerah Dang Wangi dan peguamnya, Nik Zarith Nik Moustpha, memberitahu Malaysiakini bahawa pendengaran reman diadakan pagi ini.
"Zhafran ditahan semalaman di balai polis. Pihak polis telah minta untuk empat hari reman tetapi majistret hanya benarkan dua hari, sehingga esok," kata Nik Zarith.
Zhafran pada mulanya ditahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana melakukan penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan.
Ketua Polis KL Datuk Amar Singh Ishar Singh dilapor mengesahkan hanya seorang peserta ditangkap semasa perhimpunan tersebut yang menyaksikan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan berarak dari kompleks beli-belah Sogo ke Dataran Merdeka di bawah terik mentari.
Demonstrasi anti-GST juga menyaksikan pemimpin Harapan Pakatan membuat ucapan menggesa peletakan jawatan Najib dan mengutuk GST.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membuat penampilan mengejut sejurus sebelum perhimpunan berakhir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan