PETALING JAYA: Adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno dalam
mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada serangan pihak-pihak
tertentu, demikian menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi
Zahari.
Beliau menjelaskan mengenai pendirian ahli Umno terhadap Perdana
Menteri yang merupakan presiden parti itu, bukanlah disebabkan kerana
telah diberi 'dedak'.
Dengan mengambil contoh institusi kekeluargaan, jika seorang bapa
dihina dan dicaci oleh pihak luar, tidak mungkin anak-anaknya akan
berdiam diri melihat bapa mereka di perlaku begitu.
“Saya melihat dakwaan pemimpin di bahagian terima dedak hanyalah
daripada segelintir pihak kerana sejak Najib jadi Presiden, sistem
pemilihan dah berubah di mana kuasa memilih bukan lagi di tangan
pemimpin di bahagian.
“Yang berkuasa adalah ahli peringkat akar umbi dan jika ada yang
merasakan pemimpin di bahagian sahaja yang diberi dedak hingga hidup
senang lenang, baik laporkan kepada jawatankuasa disiplin parti,”
katanya.
Ahmad Fauzi berkata, dapat atau tidak dedak seperti yang didakwa,
perkara pertama yang perlu ada dalam diri semua pemimpin UMNO kata Ahmad
Fauzi adalah patuh kepada presiden.
“Jadi, sama ada suka atau tidak, ahli-ahli parti yang tak puas hati ada
dua pilihan iaitu yang pertama, terus bercakap dalam parti yang mungkin
didengari atau akhirnya dilukai,” katanya.
Apapun katanya, keyakinan rakyat dalam memberi sokongan kepada Barisan
nasional masih lagi tinggi dengan terlaksananya dasar-dasar kerajaan
yang pro kepada rakyat.
“Saya yakin, apabila semua isu rakyat dapat diselesaikan, mereka
sendiri akan membuat penilaian bahawa inilah kerajaan yang boleh
diharapkan untuk memberi keselesaan hidup kepada mereka,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan