PKR menanam sebatang pokok di Kuching hari ini yang diharap akan membantu mengumpul dana untuk menyokong kempen parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei depan.
Selain itu, pokok yang digelar 'Pohon keadilan' itu akan membolehkan rakyat Sarawak membuat hajat bagi negeri Malaysia Timur itu.
"Kami telah cetak 3,000 keping kad hasrat untuk orang ramai menulis apa yang mereka kehendaki untuk Sarawak.
"Kad mereka akan digantung di atas 'Pohon keadilan' di pusat operasi utama PKR di Kuching," kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.
Beliau berkata kad itu akan diberikan kepada penderma bagi mendapatkan sumbangan berdasarkan kemampuan mereka.
"Kami tiada orang-orang Arab yang kaya untuk membuat sumbangan ikhlas untuk menyokong kempen pilihan raya kita, tetapi kita harap sumbangan RM26 untuk setiap kad akan memberikan kita kekuatan untuk memerangi rasuah, ekstremisme, salah guna kuasa, tahap pendidikan rendah, kadar kemiskinan dan membawa masyarakat kepada keadilan, integriti, keharmonian dan peluang yang sama," kata Baru dalam satu kenyataan.
Ia jelas merujuk isu RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum pada tahun 2013.
Putrajaya mendakwa jumlah wang itu adalah sumbangan politik dari Arab Saudi, manakala Menteri Luar Arab Saudi juga mengesahkan bahawa kerajaan sedar perkara itu dan wang itu diberikan tanpa sebarang balasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan