shahbudindotcom
Apakah Deklarasi Rakyat sudah mula menggugat dan ada kesannya?
Ini komen Najib Razak mengenai Deklarasi Rakyat...jangan pedulikannya kerana ia hanyalah Deklarasi Mahathir sahaja.
Ahmad
Zahid Hamidi percaya deklarasi itu tidak memberi kesan kepada UMNO,
bahkan menyifatkan parti akan terus kukuh di bawah kepimpinan Najib.
Annuar Musa merasakan deklarasi itu tidak akan ke mana kerana ia adalah percaturan politik yang silap oleh Tun Mahathir.
Mungkin ada yang seronok turut serta dan tandatangan, tapi itu bukan kaedahnya, tambah beliau.
Abdul
Rahman Dahlan berkata, oleh kerana Deklarasi Rakyat itu melibatkan
kerjasama Tun Mahathir dengan pembangkang, ia akan menjadikan kedudukan
Najib makin kukuh.
Menurut
Salleh Said Keruak, deklarasi itu bukan mewakili 30 juta rakyat atau 15
juta pengundi, tetapi hanyalah dokumen kitar semula yang cuba
digembar-gemburkan.
Itu
adalah antara komen pemimpin-pemimpin UMNO yang secara jelas
memperlihatkan mereka tidak gentar atau tidak tergugat dengan deklarasi
yang digerakkan oleh Tun Mahathir itu.
Tetapi,
mengapa seorang aktivis, Azrul Mohd Khalib yang membuat petisyen dalam
talian bagi menyokong Deklarasi Rakyat ditahan polis dan disiasat di
bawah Akta Hasutan?
Sudah tergugatkah walaupun sebelum ini deklarasi itu seolah-olah diperlekehkan?
Siapa pula selepas ini?







Tiada ulasan:
Catat Ulasan