KUANTAN: Kesemua ADUN Barisan Nasional (BN) Pahang menyatakan sokongan
kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk terus menerajui
pentadbiran kerajaan negeri dan jentera parti bagi menghadapi pilihan
raya umum akan datang.
Perkara itu diumumkan ADUN Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin dalam satu sidang media hari ini.
Seramai 26 ADUN hadir dalam sidang media itu. Manakala tiga lagi wakil
rakyat BN yang tidak menyertai sidang media berkenaan turut menyataan
persetujuan berhubung hal berkenaan.
Manakala Adnan yang merupakan ADUN Pelangai, tidak turut serta dalam sidang media berkenaan.
Sokongan itu disuarakan selepas Adnan menyatakan hasrat untuk tidak
bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Adnan yang memegang jawatan menteri besar selama 18 tahun, dan menjadi
wakil rakyat Pelangai sejak 1986 itu berkata, sudah sampai masanya
tempat beliau digantikan dengan orang lain.
Namun ujar beliau, terpulang kepada pucuk pimpinan BN untuk menerima keputusan tersebut atau sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan