HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Oktober 2016

Gerak Geri Wan Azizah Sahkan Kepalsuan Perjuangan Islam Anwar

 

 
wan-azizah


Ketika umat Islam menyambut Awal Muharam atau Maal Hijrah Tahun 2016 – 1438 Hijrah esok, 2 Oktober, pada malam ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melakukan ‘ritual’ nyalaan lilin di depan Ibu Pejabat PKR Tropicana bersempena dengan sambutan memperingati 600 hari suaminya, Anwar Ibrahim ditahan di Penjara Sungai Buloh.


anwar1


Sebelum ini, salah seorang inner circle Anwar, Rafizi Ramli menafikan Ketua Umum PKR itu merupakan seorang pejuang Islam sebagaimana yang didakwa sama ada ketika memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1970-an atau ketika berada dalam UMNO sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

Rafizi menegaskan perjuangan Anwar dari dulu hingga sekarang konsisten sebagai seorang moderat.

Kenyataan terbaharu Rafizi itu sekaligus telah menafikan propaganda yang cuba dibawa oleh penyokong-penyokong Keadilan sekitar September 1998, yang mendakwa kononnya, Anwar dipecat daripada UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamed bertujuan ‘untuk menghalang proses Islamisasi dalam UMNO dan kerajaan’

Untuk mengukuhkan hala tuju perjuangan Anwar, Rafizi juga turut membandingkan stail kepimpinan Anwar dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Rafizi berkata Abdul Hadi pada awal tahun 1980-an hanya menerima undang-undang Islam dan menolak Perlembagaan dan undang-undang negara kerana ia mewarisi undang-undang British yakni meletakkan Islam di tempat tertinggi sebagai syumul (keseluruhan)

Sebaliknya, Rafizi berkata Anwar bukan pendokong Islam secara syumul, beliau hanya memperjuangkan konsep Islam dari perspektif keadilan dan memberi tumpuan kepada isu-isu harian .

Tiada ulasan: