Zikri Kamarulzaman
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya mendiamkan
dirinya daripada membuat dirinya kelihatan bodoh, kata Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Pemimpin Umno itu yang sering menempelak Dr Mahathir dengan kenyataan
pedasnya mengulas tulisan Dr Mahathir di blog yang membidas Bajet 2017
sebagai tidak bermakna kerana kerajaan tidak mempunyai wang.
"Jika kerajaan tidak ada wang bagaimana kita mahu mentadbir negara
tahun depan?" soal Nazri bertanya, ketika ditemui di lobi Parlimen, hari
ini.
"Tolong beritahu dia supaya diam.
"Lebih baik untuk beliau berdiam diri dan bagi orang ramai berfikir
dia adalah bodoh daripada dia membuka mulut dan mengesahkan bahawa dia
benar-benar bodoh," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan