shahbudindotcom
Menjawab
soalan tambahan pada hari pertama sidang Parlimen semalam, Najib Razak
menyimpulkan cukai GST sebagai penyelamat kepada ekonomi negara.
Sehubungan itu, beliau menolak gesaan yang mencadangkan agar cukai GST 6 peratus dikurangkan kepada 3 peratus.
Tanpa GST, ekonomi negara akan lumpuh, katanya lagi.
Maknanya apa?
Jawapan Najib itu tidak lain bermaksud bahawa GST bukan saja akan terus dikekalkan, malah mungkin akan dinaikkan.
Menurunkan kadar GST saja, bagi Najib, adalah mustahil kerana ia akan melumpuhkan ekonomi negara.
Najib
nampaknya tidak melihat faktor pertumbuhan domestik dengan merangsang
atau menggalakkan iklim perniagaan sebagai asas utama mengukuhkan
kedudukan ekonomi, sebaliknya merasakan hanya melalui GST, sejenis cukai
ala pukat harimau untuk mendapatkan sumber kewangan negara.
Penganalisis
ekonomi juga tidak menolak kemungkinan cukai GST akan terus mengalami
kenaikan berikutan kerajaan seperti tidak mempunyai sumber pendapatan
yang lain yang produktif.
Lantaran
itu, boleh dibayangkan bahawa bahaya lebih besar sedang menanti rakyat
jika UMNO, BN dan Najib terus diberi kuasa mentadbir negara ini selepas
PRU 14 nanti.
Najib hanya nampak GST atau wang dalam poket rakyat untuk memperolehi pendapatan, malah mungkin menaikkan kadarnya, sebagai cara mudah mengisi kantung kewangan negara.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan