HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Oktober 2016

Muhyidin jumpa Anwar di mahkamah, jalin kerjasama lawan BN

BORHAN AHMAD
 
 

Muhyidin keluar dari mahkamah selepas berjumpa dengan Anwar dengan harapan usaha lawan BN dapat diperkemaskan. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Muhyidin keluar dari mahkamah selepas berjumpa dengan Anwar dengan harapan usaha lawan BN dapat diperkemaskan. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyidin Yassin pula bertemu dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Muhyidin dilihat berbincang dengan Anwar dalam bilik saksi dengan kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail serta Nurul Izzah, anak Anwar.

Anwar ketika ditemui berkata, mereka bersetuju agar rundingan dibuat antara Pakatan Harapan dengan Bersatu dan Pas juga.

"Kita harap rundingan berlaku antara Pakatan Harapan dengan Bersatu dengan semua parti-parti pembangkang termasuk dengan Pas. Kita tengok dulu apa yang boleh dicapai dalam rundingan bersama itu," kata Anwar.

Muhyidin ketika ditemui wartawan selepas itu berharap dapat menjalin kerjasama di kalangan parti pembangkang dalam menghadapi Barisan Nasional (BN)  dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita harap kerjasama yang hendak dijalinkan dalam satu pakatan yang kukuh untuk menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang dapat dilaksanakan," kata Muhyidin.

Beliau sendiri dapat merasai sentimen itu selepas pertemuan bersejarah itu, kata Muhyidin.

SAMAN UTUSAN

Anwar keluar dari penjara ke mahkamah hari ini untuk perbicaraan saman beliau terhadap Utusan Malaysia.

Kedua-duanya dikatakan sedang menyelesaikan tuntutan itu tanpa perbicaraan dan syarikat media milik Umno itu dikatakan sedang berunding jumlah bayaran.

Turut kelihatan di mahkamah adalah Datuk Abdul Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu.

Di samping itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali serta Nurul Izzah Anwar turut kelihatan di mahkamah hari ini.

Tiada ulasan: