Parti baharu ini percaya Sabah memerlukan satu dasar pendidikannya tersendiri dengan sokongan strategi yang jelas dan terbukti.
PETALING JAYA: Parti politik baharu akan datang di Sabah merancang untuk menggubal satu dasar pendidikan di negeri itu jika memenangi pilihan raya umum akan datang, menurut salah seorang pemimpinnya, MP Penampang Darell Leiking.
Dalam temu bual dengan FMT, Leiking berkata ia salah satu agenda utama dalam parti.
“Parti ini percaya Sabah memerlukan satu dasar pendidikannya tersendiri, satu dasar yang akan disokong oleh strategi yang ‘terbukti dan jelas’,” katanya.
Leiking baru-baru ini keluar dari PKR untuk memimpin sebuah parti baharu dengan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal.
Bagaimanapun tidak banyak yang diumumkan mengenai parti baharu berbilang kaum itu.
Leiking mahupun Shafie enggan mendedahkan sebarang maklumat termasuk namanya sekalipun.
Leiking berkata parti itu sedang bekerjasama dengan pasukan teknokrat, ahli akademik, golongan profesional dan ahli perniagaan untuk merangka rancangan baharu untuk Sabah.
Jelasnya banyak perkara yang perlu dilakukan untuk Sabah dan paling utama buat masa ini ialah menuntut penghormatan Kerajaan Persekutuan terhadap Perjanjian Malaysia 1963.
Malah, beliau juga akui mempunyai penyelesaian kepada masalah imigresen yang sudah lama wujud di Sabah dan isu pembangunan tidak seimbang antara daerah selain akan mencari penyelesaian kepada “pelbagai masalah sosial yang membabitkan remaja Sabah, terutama mereka yang meninggalkan Sabah untuk mencari pekerjaan di Semenanjung Malaysia.
“Parti kami mempunyai visi untuk ‘Sabah baharu’ yang memberi tumpuan kepada meritokrasi, kemahiran dan disiplin. Saya yakin pendekatan itu akan memberi inspirasi kepada rakyat Sabah dengan kepercayaan kepada pemimpin mereka,” katanya.
Apabila ditanya sama ada beliau sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada kerusi DUN memandangkan beliau kini menggunakan negeri dan bukannya platform persekutuan, Leiking mengakui tidak berfikir tentangnya lagi.
“Fokus saya sekarang adalah untuk menyokong rakyat Sabah yang berbakat dari semua lapisan kaum untuk berkhidmat kepada tanah air dengan ketabahan hati, rendah hati dan kasih sayang untuk Sabah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan