HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Oktober 2016

Ramai yang berhutang GST

MALAYSIA GAZETTE




Banyak pihak yang masih berhutang dan mempunyai tunggakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam.

Beliau justeru mengingatkan peniaga yang sudah berdaftar supaya menjelaskan GST mengikut tempoh yang ditetapkan atau berdepan kemungkinan didakwa.

"Bos tertentu mungkin masih asing dengan GST dan mereka kadang-kala akan terlupa.

"Untuk perniagaan milikan tunggal, akaun mereka mungkin diuruskan oleh pekerja sambilan," katanya kepada Nanyang Siang Pau.

Menurutnya, JKDM sedang membangunkan satu sistem yang akan menghantar mesej untuk mengingatkan peniaga menjelaskan GST.

Katanya lagi, pihak Kastam telah mengambil 800 tindakan undang-undang sejak GST dilaksanakan.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak berdaftar GST yang masih mempunyai tunggakan cukai itu bagi 2015 diberi tempoh sehingga 31 Oktober ini untuk menjelaskannya.

Sekiranya mereka gagal membayar tunggakan GST 2015 itu selepas tarikh tersebut, tindakan kompaun sehingga maksimum RM20,000 akan dikenakan.


Tiada ulasan: