KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengesahkan bahawa Sungai Semenyih tercemar sekali lagi pagi ini.
"Memang benar (tercemar), ia berlaku pagi tadi. SYABAS akan keluarkan
kenyataan rasmi sebentar lagi," katanya dipetik Berita Harian.
Ini adalah kali ketiga dalam tempoh sebulan sungai itu tercemar,
sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih terpaksa ditutup
hari ini.
Sebelum ini, loji itu ditutup empat kali selepas pencemaran bau di
Sungai Semenyih dikesan, sehingga menyebabkan gangguan bekalan air
berlaku di beberapa kawasan.
Minggu lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan
Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan kementeriannya sedang melengkapkan
siasatan terhadap isu pencemaran LRA Sungai Semenyih sebelum tindakan
mahkamah dapat dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan