HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Oktober 2016

Tindakan Jamal tidak hormati undang-undang, kata Pemuda Amanah

 
 
Faiz FadzilFaiz FadzilAksi Datuk Jamal Md Yunos membuang surat notis tuntutan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah ke tandas adalah tindakan yang tidak menghormati proses undang-undang.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, penganjur Geng Baju Merah itu harus menjawab notis tersebut jika beliau mempunyai pembelaan bermerit.

"Sebaliknya, tindakan tersebut seolah-olah cuba mengalih isu sebenar yang mana beliau mendakwa Bersih diresapi kumpulan pengganas antarabangsa, IS," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sikap yang tidak menghormati undang-undang ini mencerminkan sikap sebenar pemimpin Umno.

"Ini bukan contoh terbaik kepada masyarakat kerana sebuah negara tidak akan membangun dengan makmur jika keluhuran undang-undang tidak lagi menjadi pegangan utama pentadbiran negara," tegasnya lagi.

Semalam, Jamal yang tidak akan meminta maaf kepada Maria kerana mengaitkan Bersih 2.0 dengan IS berkata "serangan" mungkin lebih agresif berbanding minggu lalu.

"Ke mana mereka (Bersih 5) pergi, kami akan ikut. Jika mereka mahu berada di 2,000 tempat kami akan ada di sana termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.

Tiada ulasan: