HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Februari 2017

Aktivis transgender pertikai video LGBT oleh Jakim

Shawaliah Hadir
 
 
Menurut Aktivis transgender, pendekatan yang dibuat tidak sepatutnya menafikan golongan minoriti itu di dalam negara dan seterusnya mahu mengubah sexuality dan identiti seseorang

KUALA LUMPUR: Aktivis transgender Nisha Ayub mempersoalkan motif Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) di sebalik video mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang diterbitkan baru-baru ini.

Katanya, Walaupun video itu tidak lantang menentang golongan LGBT di dalam negara, namun ia jelas mempunyai tujuan untuk mengubah kumpulan yang mengundang ketidakpuasan hati.

“Bila pihak Jakim keluar dengan video tersebut, video itu tidak salah, cara mereka mendekati itu lebih lembut tapi kita kembali kepada agenda mereka.

“Apa pun cara mereka agenda itu apa? Iaitu mahu mengubah sexuality atau identiti,” katanya kepada Berita Daily.

Baru-baru ini, Jakim yang menyiarkan video yang mengandungi cara-cara untuk mengubah sexual orentasi individu yang bercanggah dengan jantina sebenar.

Video yang berdurasi 3:08 minit itu mengundang respon dari sudut positif dan sebaliknya daripada netizen.

Ada yang memuji tindakan Jakim itu adalah yang terbaik kerana tidak menyebarkan kebencian terhadap golongan minoriti di dalam negara ini.

Nisha selain itu menyifatkan Jakim seolah-olah mahu menafikan kumpulan LGBT di dalam negara sehingga menggalakkan langkah-langkah perubahan yang boleh diambil.

“Niat konon mahu mendekati tapi pada masa yang sama mahu menafikan kewujudan kami,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Nisha yang juga Pengurus Program Transgender menambah Jakim perlu sedar bahawa niat mengubah golongan minoriti itu boleh diklasifikasikan sebagai melanggar hak asasi manusia.

“Bila kita menggunakan pendekatan agama untuk mengubah sebenarnya ia melanggari hak asasi manusia

“Secara umumnya pakar-pakar psikologi menyatakan bahawa bila menggunakan pendekatan agama, sebenarnga golongan itu nanti akan mengakibatkan lebih kemurungan kerana tertekan kerana dirasakan bahawa mereka ini bersalah,” ujarnya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: