HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Februari 2017

Pemandu wanita mati ditembak 7 das di P.Pinang

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Seorang wanita maut ditembak penyerang bermotosikal dalam kejadian pembunuhan nekad di Taman Pekaka 1, Gelugor, di sini, pada Selasa.
 
Dalam kejadian ngeri kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti kemudian disahkan maut di lokasi kejadian tersebut.
 
 
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang memandu sebuah kereta BMW warna putih miliknya sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.
 
“Suspek kemudian melepaskan lebih tujuh das tembakan dan tiga daripadanya berjaya terkena terus kepada kepala mangsa tersebut.
 
“Setakat ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lebih lanjut di lokasi kejadian,” katanya.
 
Kereta dipandu wanita tersebut kemudian kemek akibat terbabas ke tembok sebuah rumah penduduk.
 
 

Tiada ulasan: