MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Selasa, 21 Februari 2017
Dogathon ubah tabu Melayu dengan anjing
MALAYSIA GAZETTE
Naib
Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini
(dua kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama untuk
pertandingan Dogathon pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti
Putra Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI,
SERDANG – Bukit Ekspo di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini ‘ditawan’ oleh ratusan anjing.
Ada macam-macam jenis anjing peliharaan dapat dilihat dan pelbagai
jenis baka – dari kecil molek sampai ke besar paras pinggang manusia.
Itu yang dapat dilihat dalam Dogathon 2017 anjuran Fakulti Perubatan
Veterinar UPM bagi memberi kesedaran kepada penjaga binatang peliharaan
mengenai penjagaan haiwan itu secara betul.
Salah
Seorang peserta pertandingan “Dog n You” memberi arahan kepada anjing
perliharaannya pada Majlis Dogathon 2017 di Bukit Expo Universiti Putra
Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI.
Ia juga platform menemukan antara peminat-peminat anjing dari seluruh
negara berkongsi pengalaman dan tip penjagaan sesama sendiri.
Mereka juga berpeluang membawa anjing masing-masing mendapatkan
rawatan kesihatan selain mendapatkan peralatan dan makanan di gerai yang
disediakan.
Pertandingan larian anjing juga dianjurkan dan menarik perhatian pengunjung melihat keletah anjing-anjing yang menyertainya. Naib
Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini
(tengah) dan Miss Selangor, Joannan Joseph (berdiri dua kanan) bergambar
bersama pemenang selepas penyampaian hadiah pertandingan Dogathon pada
Majlis Dogathon 2017 di Bukit Exp Universiti Putra Malaysia, Serdang.
foto ADIB AIMAN ROSLI,
Ia dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Datin Dr. Aini Ideris yang
memuji penganjuran Dogathon yang sudah mencecah tahun ke-20 tahun ini.
Tinjauan mendapati, pelajar Melayu jurusan veterinar UPM juga tidak kekok memegang anjing semasa mengadakan pemeriksaan. Dua
orang pelajar vaterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi
perkhidmatan pemeriksaan haiwan perliharaan secara percuma kepada
pengunjung pada Majlis Dogatho 2017 di Bukit Expo Universiti Putra
Malaysia, Serdang. foto ADIB AIMAN ROSLI,
Selain itu, ada juga orang Melayu membawa keluarga hadir melihat aksi haiwan peliharaan itu hari ini.
Bagaimanapun mereka tahu batasan dengan tidak melakukan aksi
keterlaluan seperti memeluk, mencium anjing dan insiden seperti dalam
program I Want To Touch A Dog yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.
Program I Want Touch A Dog sebelum itu menimbulkan kontroversi sehingga menjadi diskusi para ilmuan Islam pada tahun 2014.
Apa pun, walaupun dalam Islam memberi sedikit halangan ‘bergaul’
dengan anjing tetapi bukan menghalang umatnya menghargai haiwan
berkenaan yang juga seperti kucing – ada tarikan dan keistimewaannya
tersendiri.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan