HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Februari 2017

Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat

Harits Asyraf Hasnan
Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat
Badlisham berkata selain siasatan dalaman, satu laporan polis juga telah dibuat oleh MAHB bagi memastikan siasatan oleh polis juga dijalankan bagi mencari dalang disebalik penyebaran video tersebut - Foto Fail
 
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menjalankan siasatan dalaman terperinci susulan penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes kematian Kim Jong Nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali yang kecewa dengan kejadian tersebut menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya yang menyebarkan video tersebut.

Selain siasatan dalaman, satu laporan polis juga telah dibuat oleh MAHB bagi memastikan siasatan oleh polis juga dijalankan bagi mencari dalang disebalik penyebaran video tersebut.

BACA: Rakaman CCTV detik-detik akhir Kim Jong Nam disiar media antarabangsa

BACA: KPN: Dua suspek wanita bunuh Jong Nam terlatih

BACA: MAHB bertanggungjawab terhadap rakaman CCTV di klia2 - Nur Jazlan

"MAHB amat memandang berat isu pembocoran video CCTV tersebut dan kita telah membuat satu laporan polis supaya polis boleh menyiasat.

"Pada masa sama, kita (MAHB) telah melancarkan siasatan dalaman untuk melihat prosedur kalau video itu juga bocor melalui (kakitangan) MAHB, tapi buat masa ini kita masih tidak tahu lagi.

"Daripada rakaman tersebut kita lihat rakaman tersebut dibuat menggunakan kamera telefon bimbit, jadi biar siasatan berjalan dan jika kita ketahui siapa yang melakukannya, tindakan sekeras-kerasnya akan diambil," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Tambahnya, salinan video tersebut juga turut diserahkan kepada polis menerusi saluran yang betul.

Rakaman berdurasi 2.33 saat di KLIA2 itu disiarkan sebuah syarikat penyiaran asing dan tular di media sosial sejak Ahad lalu. 
 
 

Tiada ulasan: