Kalau PAS mempunyai sokongan Melayu luar bandar, PKR, DAP dan Amanah mempunyai sokongan Melayu bandar termasuk sokongan kuat daripada pengundi Cina dan India
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PKR hari ini berpendapat bahawa PAS masih a
da harapan bersama Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU14).
Dalam satu kenyataan, Naib Pengerusi PKR Melaka G Rajandran menegas bahawa di dalam politik tiada musuh yang tetap mahupun kawan.
“Buat masa ini, PAS bermusuh dengan DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara) bukan kerana mereka musuh ketat. Tetapi, itu hanya kerana perbezaan pendapat. Ia tidak bermakna mereka tidak boleh berkerjasama,” katanya.
“Tetapi, PAS juga pernah bermusuh dengan Umno pada tahun 70an selepas kembali rapat di kini dibawah pemerintahan Abdul Hadi Awang. Kalau PAS sedia berjabat tangan dengan Umno, kenapa pula tidak dengan DAP dan Amanah? soal beliau.
“Lebih-lebih, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sedia berbaik semula dengan PAS,” tambahnya lagi.
Rajandran juga menegas bahawa ahli akar umbi PAS masih berjiwa Pakatan Rakyat.
“Saya sering menghabiskan masa dengan ahli-ahli PAS di Melaka. Dan kebanyakannya masih mahu bersama Pakatan. Itulah realitinya.”
Tambahnya, hanya Umno akan beruntung kalau masih PAS hendak menghadapi PRU dalam pertandigan tiga penjuru.
“Kalau PAS mempunyai sokongan Melayu luar bandar, PKR, DAP, Amanah mempunyai sokongan Melayu bandar termasuk sokongan kuat daripada pengundi Cina dan India. Berbeza dengan Umno yang semakin kehilangan sokongan pengundi luar bandar.”
“Manakala, kita masih tidak tahu kekuatan sebenar PPBM. Jadi, ini merupakan ‘win-win situation’ kepada semua sekiranya PAS terus bersama pembangkang dan menyertai Pakatan Harapan.” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan