HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Februari 2017

Polis rampas dadah disyaki syabu bernilai RM6.3 juta di Kedah, Perlis

Berita Daily Staff

Kejayaan operasi bermula 4.50 petang hingga 5.15 petang itu, hasil kerjasama pihaknya bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) dan Biro Kawalan Narkotik Thailand (PNSB)


ALOR SETAR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dipercayai untuk kegunaan tempatan dan diseludup ke Indonesia dengan penahanan tiga lelaki bersama 90 kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM6.3 juta dalam tiga serbuan di Changlun dan Padang Besar, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kejayaan operasi bermula 4.50 petang hingga 5.15 petang itu, hasil kerjasama pihaknya bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) dan Biro Kawalan Narkotik Thailand (PNSB).

“Dua suspek lelaki tempatan yang masing-masing memandu kereta, ditahan di Changlun, Kedah dan Padang Besar, Perlis.

“Kesemua dadah itu disembunyikan di dalam papan pemuka setiap kenderaan suspek yang berusia 32 dan 37 tahun itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini, yang turut dihadiri Komander Bahagian Perisikan Narkotik PNSB Jeneral Chayapoj Hasunaha.

Mohd Mokhtar berkata polis turut menyita wang tunai dan pelbagai barang kemas bernilai RM30,000.

Tiada ulasan: