HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Februari 2017

DAP terlalu kecil untuk Kit Siang jadi PM: Mahathir

Astro Awani ·

Tun Mahathir (tengah) bersama pemimpin Bersatu Pulau Pinang dan Kerajaan Pulau Pinang di Program Bicara Perdana Bersama Tun Mahathir di Balik Pulau, pada malam 18 Februari 2017.
Tun Mahathir (tengah) bersama pemimpin Bersatu Pulau Pinang dan Kerajaan Pulau Pinang di Program Bicara Perdana Bersama Tun Mahathir di Balik Pulau, pada malam 


BALIK PULAU – Parti DAP terlalu kecil dan penasihatnya, Lim Kit Siang sama sekali tidak boleh menjadi perdana menteri, kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohammad.

Bagaimanapun, beliau berkata hasrat tersebut hanya boleh tercapai, sekiranya veteran DAP itu mendapat sokongan daripada orang Melayu.

Katanya, rakyat tidak perlu bimbang kerana DAP dengan sendirinya tidak akan boleh menjadi perdana menteri.

“Kata Najib kalau Umno jatuh, maka Kit Siang akan jadi perdana menteri, karut. Mana boleh Kit Siang jadi perdana menteri parti dia kecil saja, DAP kecil saja, dia tidak boleh jadi perdana menteri melainkan kalau orang Melayu hendak kat dia,” katanya pada program Bicara Perdana Bersama Tun Mahathir yang julung kali diadakan di sini, Ahad lalu.

Program itu turut dihadiri isteri Tun Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pengerusi penyelaras keahlian parti PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya, pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Tiada ulasan: