HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Februari 2017

Tragedi basikal: Pemandu wanita diberi perlidungan istimewa?

Berita Daily Staff
 
Sejak bila naik basikal jam 3 pagi itu satu dosa; satu kesalahan? Dibawah Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalulintas: bukan satu kesalahan berkayuh basikal jam 3 pagi, kata Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR: Seorang peguam Syariah terkenal hari ini merakam perasaan syak terhadap tindakan pihak polis masih enggan mendedahkan identiti pemandu wanita yang mengakibatkan kematian lapan remaja yang bebasikal di Jalan Lingkaran Dalam, Johor, baru-baru ini.

Dalam posting terbaru di Facebook, Zulkifli turut menekan melanggar daripada belakang diatas jalanraya adalah prima facie satu kesalahan.

“Kebiasaanya kalau berlaku tragedi kemalangan saperti ini dengan cepat identiti pemandu yang melanggar akan didedahkan. Tetapi dalam kes ini agak pelik,” katanya.

“Adakah pemandu itu diberi perlindungan istimewa? adakah dia daripada keluarga tertentu yang mesti dilindungi? Setakat hari ini tidak mendengar sebarang ancaman terhadap gadis Cina tersebut untuk membolehkan identitinya tidak didedahkan,” tegas beliau yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bandar Baharu Kulim.

Untuk rekod, 18 Feb, sebuah kereta jenis Nissan Almera merempuh sekumpulan 16 remaja yang sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.30 pagi dengan enam mangsa maut di tempat kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah.

Polis berkata semua mangsa ialah sebahagian daripada sekumpulan 30 hingga 40 remaja, berumur antara 13 dan 17 tahun, yang keluar berbasikal.

Dipercayai remaja terbabit menghalang beberapa jalan sebelum dirempuh kereta berkenaan di Jalan Lingkaran Dalam.

Polis berkata pemandu kereta berusia 22 tahun yang merempuh remaja terbabit, tidak berada dalam keadaan mabuk atau memandu laju.

“Melihat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan termasuk oleh pihak polis dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri (Nur Jazlan) memberi gambaran seolah-olah anak-anak tersebut yang bersalah dengan satu alasan dangkal yang utama: apa anak-anak itu buat berkayuh basikal beramai-ramai jam 3 pagi.”

“Tidak ada pulak yang bertanya apa seorang gadis berusia 22 tahun buat memandu kereta berseorangan jam 3 pagi? Dan kenapa sehingga hari ini identiti pemandu itu tidak didedahkan, sebaliknya identiti mangsa dengan emak bapak mereka pulak yang didedahkan,” ujarnya.

“Kenapa begitu cepat pihak berkuasa membuat keputusan dan membebaskan pemandu tersebut; dan paling malang ada pulak pihak yang mengugut akan mengambil tindakan terhadap ibubapa anak-anak itu kerana membenarkan atau membiarkan anak2 itu berbasikal jam 3 pagi.

“Sejak bila naik basikal jam 3 pagi itu satu dosa; satu kesalahan? Dibawah Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalulintas: bukan satu kesalahan berkayuh basikal jam 3 pagi,’ tegasnya lagi.

Sebaliknya pihak polis wajar memperhalusi siasatan mereka dengan mengkaji persoalan berikut:

1. Bagaimana pemandu tersebut boleh merempuh sekumpulan pengayuh basikal daripada belakang?

2. Agak mustahil untuk mana-mana pemandu tidak nampak sekumpulan pengayuh basikal diatas jalanraya apatah lagi kalau jumlahnya sampai 30 orang;

3. Alasan konon jalan itu menurun bukit adalah terlalu dangkal; sebab semua pemandu telah pun melalui latihan pemanduan untuk memperlahankan kenderaan bila melalui selekoh atau mendaki atau menuruni bukit.

4. Apa yang menyebabkan pemandu itu tidak dan/atau gagal melihat atau menyedari ada sekumpulan ramai pengayuh basikal dikawasan tersebut;

5. Ada kenyataan dibuat oleh mangsa dan saksi menyatakan melihat pemandu itu menggunakan telefon bimbit dan memandu laju; oleh itu pihak polis wajib menyiasat maklumat ini. Teman agak hairan dalam tempoh yang begitu singkat kenyataan dikeluarkan konon pemandu tersebut tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak membawa laju! Bila siasatan terperinci dibuat?

6. Melihat kepada gambar-gambar sekitar selepas kejadian, kelihatan rempuhan tersebut sangat kuat sehingga melanggar begitu ramai pengayuh basikal dan menyebabkan lapan kematian. Ini sahaja sudah cukup untuk pihak berkuasa mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pemanduan tersebut.

Jelasnya, adlam bahasa undang-undang ada prinsip dipanggil res ipsa loquitur – sesuatu perkara itu terjelas dengan sendirinya

“Rempuhan kuat daripada belakang oleh sebuah kereta terhadap sekumpulan ramai pengayuh basikal disisi kiri sebatang jalanraya dua lorong memberi gambaran samada pemandu itu lalai, alpa, atau dalam keadaan gagal mengawal kenderaannya.

“Maknanya ada kes prima facie untuk disiasat dengan lebih terperinci,” tambah beliau sambil menambah pihak berkuatkuasa bertindak waras dan rasional dalam tragedi ini, dan tidak terbawa-bawa dengan sikap emosional, prejudis atau bias.”

Zulkifli turut menasihatkan kepada keluarga mangsa supaya merujuk kepada peguam untuk menimbang membawa kes ini ke Mahkamah untuk tindakan sivil yang bersesuaian.

“Dan jika tidak berpuashati dengan siasatan pihak berkuasa, failkan writ prerogatif di Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah yang bersesuaian. Peguam yang mahir akan boleh memberikan nasihat dan panduan yang bersesuaian insyallah,” katanya lagi

Tiada ulasan: