HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 Februari 2017

Video Jong-nam tersebar, menteri salahkan MAHB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

nur_jazlan


SHAH ALAM-Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebaran rakaman video detik terakhir kematian Kim Jong-nam daripada kamera litar tertutup (CCTV) ke tangan media asing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, walaupun polis membuat kawalan di Lapangan Terbang Antarabarangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), namun MAHB bertangungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan di lapangan terbang itu.

“Ini yang perlu kita siasat (siapa yang mengedarkan CCTV itu) kerana ia bukan daripada polis. MAHB yang menguruskan lapangan terbang berkenaan.

“Pihak yang melantik petugas keselamatan adalah MAHB dan polis kini menyiasat MAHB berhubung individu yang menyebarkan rakaman berkenaan.

“Saya tidak mahu polis dipersalahkan atas penyebaran video berkenaan kerana MAHB perlu bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media, lapor Bernama.

Terdahulu, The Guardian melaporkan stesen televisyen Jepun, Fuji TV sebagai media pertama menayangkan video berdurasi 2 minit 45 saat itu.

Menerusi rakaman berkenaan, Jong Nam dilihat tiba di ruang legar balai berlepas sambil melihat skrin memaparkan jadual penerbangan.



Tiada ulasan: