HALAMAN SANTAI
Rabu, 22 Februari 2017
Tanah terhad kekang petani Sabak Bernam tingkat hasil
OLEH HAFIZAN TAIB
SABAK BERNAM: Kawasan tanah semakin terhad di daerah ini dikatakan menjadi isu kepada petani bagi mengusahakan pertanian.
Isu terbabit perlu diberi perhatian Kerajaan Negeri supaya mampu ditangani demi kebaikan petani di sini.
Ketua Kampung Rancangan Tanah Belia Satu Sungai Panjang, Abdul Ghafor Salikin berkata, dengan kawasan tanah terhad, ada antara petani tidak dapat meningkatkan hasil pertanian dan ternakan diusahakan.
“Kerajaan Negeri wajar memberi perhatian terhadap perkara ini dan boleh mempertimbangkan dengan meluluskan kawasan tanah rezab untuk diusaha petani.
“Dengan kaedah itu, ia mengatasi masalah dihadapi dan menggalakkan petani mengusahakannya pertanian,” katanya kepada SelangorKini.
Beliau ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Pekebun Kecil Sabak Bernam bersama Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib di sini, hari ini.
Berhubung perkara itu, beliau berkata, pihaknya ada membuat permohonan bagi tujuan itu dan berharap diberi perhatian Kerajaan Negeri.
“Kawasan pertanian lebih luas membolehkan petani meningkatkan hasil pertanian seterusnya pendapatan.
“Ia juga akan memberi galakan kepada golongan muda menyertai pertanian dan ternakan,” katanya kini mengusahakan tanaman kelapa sawit dan ternakan lembu.=EZY=
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan