Kedua-dua suspek wanita telah dilatih untuk menjalankan pembunuhan itu beberapa kali sebelum ini, termasuk di Pavilion dan KLCC sebelum berdepan situasi sebenar
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata dua suspek wanita yang membunuh Kim Jong-nam membuat latihan sebelum menyapu bahan toksik itu ke muka mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2).
“Pembunuhan ini adalah terancang,” demikian kata beliau ketika mengulas pembunuhan abang pemimpin tinggi Korea Utara pada 13 Februari lalu.
“Ini satu pembunuhan terancang. Kedua-dua suspek wanita telah dilatih untuk menjalankan pembunuhan itu beberapa kali sebelum ini, termasuk di Pavilion dan KLCC sebelum berdepan situasi sebenar,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di Kuala lumpur, hari ini.
“Sudah tentu mereka tahu (rancangan pembunuhan). Mereka juga tahu cecair yang disapu itu toksik. Selepas selesai, kedua-dua mereka diarahkan oleh empat suspek yang sudah meninggalkan negara ini untuk membersihkan tangan di tandas.”
Khalid berkata, reman kedua-dua wanita itu yang tamat hari ini akan disambung tujuh hari lagi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Untuk rekod, suspek wanita yang masing-masing memiliki pasport Vietnam dan Indonesia. Manakala, lelaki tempatan yang juga teman lelaki wanita Indonesia itu, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Dalam pada itu Khalid turut menegaskan bahawa polis tidak akan menerima pelawaan pihak berkuasa Korea Utara untuk bekerjasama dalam menjalankan siasatan kes ini.
“Tidak perlu. Kita memang neutral,” katanya.
Tambahnya, polis percaya empat suspek Korea Utara yang telah pulang, terlibat secara aktif.
“semua suspek yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam adalah terlatih dan tahu apa yang mereka lakukan.”
Selain itu, polis juga tingkatkan kawalan keselamatan di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kerana terdapat insiden cubaan pecah masuk.
Dalam satu perkembangan terbaru, Khalid menafikan bahawa pihaknya memukul keluarga Jong-nam.
“Ia tidak berlaku. Kami tidak menerima sebarang laporan daripada keluarga.
“Tuduhan hanya dibuat oleh duta. Bukan daripada ahli-ahli keluarga,” kata Khalid pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur,hari ini.
“Mereka (keluarga) bekerjasama dengan baik,” katanya.
Khalid turut sahkan tiada seorang pun anggota keluarga Kim Jong-nam tampil untuk mengenal pasti mayat simati atau memberikan sampel DNA mereka.
Duta Korea Utara Kang Chol pada Isnin lalu mendakwa polis negara ini mengancam anggota keluarga seorang rakyatnya dan memukul anaknya ketika menyerbu sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Malah, beliau turut mendakwa polis mengacukan pistol pada anggota keluarga dan mengancam nyawa mereka serta memukul anak remajanya di muka.
Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari lalu selepas diserang di aras pelepasan Klia2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan