KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah
memanggil 60 saksi bagi membantu siasatan kes Felda Global Ventures
Holdings Berhad (FGV) sehingga hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata siasatan tidak
hanya tertumpu kepada isu Delima Oil, sebaliknya melibatkan semua isu
yang mempunyai asas untuk disiasat.
Semua siasatan kini dibuat berdasarkan bukti yang ada.
“Kita tunggu dan lihat. Kita akan menyiasat berdasarkan bukti yang ada.
Kita akan kumpulkan bukti dan melihat bukan setakat isu Delima Oil
tetapi juga beban isu yang telah kita dapati mempunyai asas untuk dibuat
siasatan,” kata Dzulkifli.
Beliau bercakap dalam sidang media selepas menyaksikan majlis Ikrar
Bebas Rasuah Kerajaan Pahang di Wisma Sri Pahang, pada Selasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan