KUALA LUMPUR: Hampir sepuluh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) tiba di Menara Felda pagi ini untuk mengambil dokumen
berkaitan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Memetik Utusan Online, pegawai-pegawai tersebut tiba di perkarangan menara itu kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Zakaria semalam hadir ke ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan.
Kelmarin empat pengurusan kanan FGV iaitu Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan FGV,
Ahmad Tifli Mohd. Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad
Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd.,
Kamarzaman Abd. Karim diarahkan bercuti serta-merta bagi membolehkan
siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan salah laku urus niaga
syarikat.
Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika mengumumkan
keputusan Lembaga Pengarah FGV tersebut berkata, keempat-empat individu
terbabit diarah bercuti sehingga siasatan selesai dengan syarikat tidak
menetapkan sebarang tempoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan