HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Jun 2017

RM9.5 juta, pertikaian Musa tidak kukuh

Berita Daily Staff

Berdasarkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibocorkan mengatakan Perdana Menteri Najib Razak mempunyai tiga akaun selepas penutupan akaun -9694.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menyifatkan pertikaian yang dibuat bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan mengenai RM9.5 juta dibuat secara tidak lengkap dan jelas.

Katanya, berdasarkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibocorkan mengatakan Perdana Menteri Najib Razak mempunyai tiga akaun selepas penutupan akaun -9694.

“Bukti-bukti yang dikemukakan adalah terlalu kukuh. Alasan yang cuba diketengahkan dengan menggunakan Musa Hassan juga memalukan kerana jelas ia tidak benar,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya akaun-akaun itu digunakan untuk tujuan berasingan iaitu dana politik, dana yayasan dan untuk lain-lain.

Rafizi mendakwa tiga akaun itu dibuka di pada 31 Julai 2013 sebelum penutupan akaun -9694 selepas pemindahan sebanyak RM2,034,350,000 ke luar negara.

“Di antara 2 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013, wang dari Akaun -9694 telah dipindahkan beransur-ansur dalam 5 pindahan dengan jumlah setiap pindahan di antara USD55 juta ke USD200 juta. Jumlah keseluruhan yang dipindahkan keluar negara adalah USD620 juta; bersamaan RM2,034,350,000

“Sebelum Akaun -9694 ditutup, bakinya (selepas pemindahan wang sebanyak RM2.034 bilion seperti diterangkan di atas) sebanyak RM162,436,711.80 telah dipindahkan ke Akaun -1880 yang baru dibuka.

“Antara 27 Ogos 2013 ke 26 Mac 2014, Dato’ Seri Najib memindahkan pula sejumlah RM160 juta dari Akaun -1880 ke Akaun -1906 dan Akaun -1898,” tambahnya.

Sarawak Report baru-baru ini mendakwa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib dalam dua bahagian iaitu pada 11 September 2013 dan pada 17 Februari 2014.

Laman web itu berkata wang tersebut berasal daripada SRC International Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang dimiliki Kementerian Kewangan.

Kemudiannya Musa ketika sidang media semalam mempertikaikan laporan itu kerana mengatakan bahawa akaun Najib di Ambank telah ditutup pada 30 Ogos 2013.

Tiada ulasan: