Tunku Azizah menenangkan Mikhail Adam Riaz ketika menziarahi keluarga itu di Jabatan Forensik HTAA malam kelmarin.
Anak sulung arwah, Mikhail Adam Riaz, 11, berkata, bapanya berjanji membawa mereka sekeluarga membeli pakaian hari raya selepas selesai bertugas.
Bagaimanapun katanya, dia terkejut dan sedih apabila menerima panggilan telefon daripada pegawai TUDM memaklumkan ayahnya terlibat dalam nahas dan disahkan meninggal dunia.
“Pagi tadi (kelmarin), saya ada jumpa ayah dan kami sahur sama-sama. Lepas tu kami sempat solat Subuh sama. Ayah jadi imam macam biasa setiap kali balik Kuantan (Yazmi bertugas di Nombor 6 Skuadron Pangkalan Udara Labuan).
“Saya tak nampak tanda-tanda perubahan ayah, dia tak ada pesan benda yang pelik-pelik, cuma dia kata nak bawa kami adik-beradik beli baju raya," katanya di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, malam kelmarin.Mikhail Adam Riaz bersama nenek dan datuknya berada di hospital itu ketika lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut mencemar duli menziarahi jenazah dua juruterbang terbabit.
Sementara itu, Milkhail Adam Riaz berkata, dia berhasrat mengikut jejak ayahnya sebagai juruterbang pesawat pejuang dan sering mengingati nasihat arwah.
“Kalau boleh saya nak jadi macam ayah, lagi pun ayah selalu bagi tunjuk ajar dan nasihat," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan