KUALA LUMPUR: Perbelanjaan pendidikan anak-anak kepada dua juruterbang
pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditanggung
oleh Kementerian Pertahanan.
Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd.
Johari Baharum selepas menghadiri majlis pengkebumian salah seorang
mangsa nahas berkenaan pagi tadi.
"Bagi pihak kementerian, anak-anak kedua-dua mangsa juruterbang yang
terkorban ini akan ditanggung sehingga mereka tamat pengajaran.
"Segala perbelanjaan sekolah akan ditanggung sehingga mereka masuk universiti dan sebagainya," katanya.
Johari dalam pada itu menggesa siasatan segera dijalankan untuk mengenalpasti punca nahas.
Kementerian juga akan membincangkan kenaikan pangkat Mejar Yazmi
Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari secara medan memandangkan
kedua-duanya merupakan juruterbang terlatih.
Mayat Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31,
ditemui dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain dengan payung
terjun masing-masing pada 2.30 petang semalam, selepas dilaporkan hilang
daripada radar setelah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11
pagi Khamis.
Jasad dua mangsa ditemui di sebuah kawasan hutan paya bakau di Kampung
Pondok Pasir, bersebelahan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan