HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Jun 2017

Sudah tahu, masuk juga perangkap.


 
Oleh Zin Mahmud

Sun Tzu dah lama ajar cara mana hendak menang perang. Pecahkan musuh. Inilah cara Amerika Syarikat kalahkan Soviet Union.

1. Pecahkan Yugoslavia daripada blok Soviet Union.
2. Pecahkan China daripada blok Soviet. Albania memihak pada China.
3. Asingkan Eropah Timur daripada Soviet. Satu persatu. Mula dengan Poland.
4. Pecahkan Soviet Union. Mulakan dengan negara negara Baltik iaitu Lithuania, Latvia dan Estonia.

Amerika terhenti bila gagal pecahkan Rusia apabila Chechnya gagal merdeka. Rusia lawan balik. Dia tawan Crimea. Kini dia pula pecahkan sekutu sekutu Amerika. Renggangkan US dengan EU. Keluarkan UK daripada EU.

Mana mana sama. Pecahkan musuh, rapatkan sekutu. Tapi manusia terus masuk perangkap dan yang berpecah akan kalah. Baik dalam perang mahupun pilihan raya.

Begitu juga cara Barisan Nasional pecahkan Pakatan Rakyat. Kini Pakatan Harapan berbalah siapa patut jadi Perdana Menteri.

Jarum bagi pecahkan antara PKR dengan PPBM sedang berjalan. Tengoklah ada serpihan PKR bernama Parti Harapan Malaysia hendak ditubuhkan untuk menghalang pendaftaran Pakatan Harapan.

Sudah tahu, masuk juga perangkap.

Tiada ulasan: