Selain RON95 dan RON97, harga diesel turut menurun sebanyak 8 sen
KUALA LUMPUR: Petrol RON95 dan RON97 ditetapkan pada harga RM2.05 seliter dan RM2.31 seliter berkuat kuasa tengah malam ini untuk tempoh seminggu sehingga 14 Jun depan.
Penetapan itu adalah penurunan kedua-dua RON95 dan RON97 masing-masing lima sen dan tujuh sen berbanding harga seminggu lalu. Harga diesel turut mengalami penurunan sebanyak lapan sen kepada RM1.94 seliter, berbanding RM2.02 seliter minggu lalu.
Harga baharu yang diumumkan itu adalah penurunan dua minggu berturut-turut.
Pengumuman harga itu adalah hasil pelaksanaan harga siling petrol dan diesel secara mingguan yang diumumkan pada minggu pertama April lalu, dengan harga baharu bermula setiap Khamis untuk tempoh seminggu sehingga Rabu berikutnya.
Infografik
RON95 turun 5 sen kepada RM2.05 seliter
RON97 turun 7 sen kepada RM2.31 seliter
Diesel turun 8 sen kepada RM1.94 seliter
Berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 14 Jun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan