OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM: Skim pembiayaan mikrokredit Hijrah Selangor
(HIJRAH) mempunyai 30,813 peminjam berdaftar dengan pembiayaan berjumlah
RM231,343,500 sehingga 16 Ogos 2017.
Dipecahkan mengikut tiga zon, zon 1 yang terdiri daripada cawangan
Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Shah Alam, Sungai
Besar dan Tanjong Karang mempunyai peminjam teramai berjumlah 13,591
dengan pembiayaan RM93,057,500.
Diikuti Zon 2 terdiri daripada cawangan Ampang, Hulu Selangor, Kuala
Selangor, Pandan, Puchong, Sepang dan Serdang mempunyai 8,812 peminjam
dengan pembiyaan berjumlah RM71,242,500.
Manakala Zon 3 yang terdiri dari tujuh cawangan dengan RM63,371,500 melibatkan 8,410 peminjam.
Mengikut pecahan cawangan, Kapar mempunyai jumlah peminjam tertinggi
seramai 1,956 orang diikuti Sepang (1,919) dan Sabak Bernam (1,866).
Bagi menambahbaik skim itu, Kerajaan Selangor bakal memperluaskan
tawaran pembiayaan modal perniagaan kepada golongan mahasiswa
berkelayakan.
Dana khas di bawah Skim Hijrah Selangor itu bakal membuka tawaran
kepada mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) sebagai saluran bantuan
permodalan kepada mahasiswa yang ingin memulakan perniagaan.=EZY=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan