HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 September 2017

Hujan, ribut petir di beberapa negeri

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Hujan dan ribut petir dijangka melanda kebanyakan negeri terutama pada waktu petang hingga awal malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
 
Jurucakapnya berkata keadaan dijangka berlaku di bahagian pantai barat Semenanjung iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor selain di sebahagian Pahang dan Kelantan.
 
“Keadaan itu berikutan wujudnya pertembungan angin arah Barat Daya dan angin Timuran,” katanya lapor Bernama.
 
Jabatan itu turut menjangkakan hujan pada sebelah petang di sebahagian kecil kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah

Tiada ulasan: