HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 September 2017

MyBeer mahu jumpa DBKL rayu pesta arak diteruskan

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Hari ini telah masuk hari ketiga setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak penganjuran Better Beer Festival 2017 itu.

Namun, penganjur kepada pesta arak itu MyBeer (M) Sdn Bhd masih mahu menganjurkan pesta arak tersebut walaupun setelah di tolak atas faktor keselamatan.

Dalam satu kenyataan, MyBeer mahu bertemu dengan DBKL sekali lagi bagi membentang pelan keselamatan yang diyakini selamat.

Menurut MyBeer (M) Sdn Bhd, sepanjang pesta itu berlangsung, tiada sebarang kejadian buruk tidak pernah berlaku.

“Kami ingin menegaskan yang kami telah mengadakan pesta tahunan ini sejak lima tahun lalu tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini sebelum, semasa dan selepas acara.

“Kami berharap DBKL dapat memberi peluang kepada kami untuk bertemu dan membincangkan rayuan kami, serta memberi kebenaran acara ini diteruskan,” kata MyBeer dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, DBKL telah menolak permohonan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ yang dijadualkan akan berlangsung di ibu negara pada 6 Oktober depan.

Semalam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan permit kepada Better Beer Festival 2017 untuk menganjurkan acara itu, susulan mesyuarat kabinet.

Liow, yang merupakan menteri pengangkutan, berkata beliau telah membangkitkan isu itu dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa mesyuarat kabinet hari ini dan diberitahu keputusan DBKL dibuat berdasarkan faktor keselamatan.

“Jika ia adalah kerana sensitiviti politik atau agama, maka saya tidak boleh menerimanya. Tetapi jika ia adalah soal keselamatan, ini sesuatu yang tak mengecewakan saya,” kata Liow

Tiada ulasan: