KUCHING: BN Sarawak memperkenalkan 14 muka baru untuk dipertaruhkan dalam pilihan raya umum 9 Mei ini.
Salah seorang daripadanya ialah anak perempuan yang di-pertua negeri Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Hanifah Hajar Taib.
Hanifah, pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Sarawak, akan bertanding di kawasan parlimen Mukah.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri Datuk Abang Johari Tun Openg di Kuching sebentar tadi.
Pencalonan Hanifah, 46, itu sekali gus mengetepikan penyandang kerusi Mukah, Leo Muhammad Toyad yang digugurkan.
Leo merupakan bekas menteri pelancongan pada 2004-06.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan