IPOH: Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sah bertanding di dua kerusi
iaitu Parlimen Lumut dan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pangkor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dalam pengumuman calon BN Perak untuk PRU-14 di sini hari ini, bekas
Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meletak jawatan
pada Jun lalu diberi mandat mempertahankan kerusi Parlimen Tambun
apabila dicalonkan semula.
Empat penyandang kerusi Parlimen berjawatan Menteri termasuk Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dicalonkan.
Ahmad Zahid sah bertanding di Bagan Datuk, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
kekal di Larut dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Padang Rengas
manakala Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong di Teluk Intan.
Sementara itu, Setiausaha Agung MCA yang juga Perdagangan Antarabangsa
dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak dicalonkan di Parlimen
Tanjung Malim.
Beliau digantikan oleh Pengerusi MCA Perak, Datuk Mah Hang Soon.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany sekali lagi dicalonkan di Parlimen Sungai Siput, lapor Utusan Online.
Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat
Nayan antara muka baru yang pertaruhkan kali ini apabila diumumkan
bertanding di Parlimen Parit Buntar.
Sementara itu, Zambry berkata, BN meletakkan calon di semua 24 kerusi Parlimen dan 59 DUN.
Menurutnya, calon-calon yang ditampilkan berlatar belakangkan golong profesional, pentadbir, guru dan pemimpin akar umbi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan