HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 April 2018

Harapan menang PRU jika ramai mengundi – Tun M

  mahathir


KEADILAN DAILY

 

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Moahamd optimis gabungan pembangkang ini mampu memenangi pilihan raya umum ke-14 jika peratusan keluar mengundi tinggi.

Calon perdana menteri Harapan itu berkata demikian dalam tulisan terkini di blog beliau.

“Pakatan Harapan masih boleh menang. Ia boleh menang jika ada sokongan besar daripada mereka yang peduli.

“Jumlah yang keluar mengundi mestilah yang paling besar. Tidak kurang daripada 85 peratus,” tulisnya.

Bekas perdana menteri itu yakin bahawa sasaran itu dapat dicapai berdasarkan jumlah peratusan keluar undi pada Pilihan Raya Umum 2013, iaitu pada 84.8 peratus.

“Tsunami Melayu adalah apa yang diperlukan. Ini boleh berlaku,” katanya.

Menurutnya lagi, peratusan keluar mengundi yang kecil akan membuka ruang untuk penipuan semasa proses mengira undi.

“Majoriti kecil akan menyaksikan ‘penipuan’ undi oleh BN yang mempunyai kawalan ke atas semua pekerja kerajaan yang bekerja semasa pilihan raya.

“Akan berlaku kiraan semula undi dan sekali lagi parti kerajaan boleh memanipulasi kiraan undi. Undi pos terbukti sering dipalsukan,” katanya.

Parlimen kini dijangka dibubar seawal minggu pertama untuk memberi laluan kepada proses membuang undi seawal bulan Mei.

Tempoh masa ini dipilih penganalisis politik memandangkan bulan Mei dan Jun adalah waktu umat Islam berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tiada ulasan: