Hafiz Marzukhi, Astro Awani
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penduduk di kawasan Parlimen Batu membantah sebarang penyerahan rizab kawasan lapang, kawasan takungan air dan rekreasi tidak diserahkan kepada pihak pemaju bagi tujuan komersial.
Wakil penduduk setempat, Badiuzzaman Ali, meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memastikan setiap rizab kawasan awam dibangunkan untuk kesejahteraan penduduk setempat.
"Kami merujuk kepada sebuah tasik di Selayang yang bersempadan di antara Kampung Selayang Lama, Taman Sri Murni Fasa 3 dan Pasar Borong Selayang.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Selayang petang Ahad.
Turut hadir, penyandang Parlimen Batu, Tian Chua yang menyatakan sokongan kepada penduduk terhadap isu tersebut.
"Ini merupakan isu yang penting dan saya sebagai penyandang Parlimen Batu akan mengambil maklum dan memperjuangkan isu ini sama ada saya dicalonkan atau tidak," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan