HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 April 2018

JOHOR TETAP KUBU KUAT UMNO/BN – NAJIB

Wartawan Watan-Online
 



Datuk Seri Najib Razak optimis Johor akan kekal sebagai kubu kuat UMNO dam akan terus dikekal ditadbir Barisan Nasional (BM), selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin bahawa rakyat negeri itu tidak akan terpedaya dengan Pakatan Harapan (PH) yang hanya pandai menjual ‘harapan’.

“Kalau kita tidak menipu rakyat, kenapa kita hendak takut pada Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018, termasuklah pemimpin yang sudah memimpin 22 tahun yang hanya cakap mengarut.

“Sebenarnya, pembangkang hanya jual madu, tetapi madu beracun. Kena hati-hati. Hendak politik, politiklah tetapi janganlah menipu rakyat,” katanya di Labis, pada Selasa.

Sementara itu, Najib berkata menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan daripada empat lorong kepada enam lorong, adalah antara Manifesto BN Johor pada PRU14.

Pengerusi BN itu membenarkan janji berkenaan demi kemudahan dan keselesaan rakyat terutama penduduk Johor.

“Lebuhraya (Utara Selatan) Ayer Hitam ke Johor Bahru padat terutama pada hari minggu.

“Jadi, saya izinkan masuk dalam Manifesto BN Johor, tetapi saya mahu BN menang besar di negeri ini,” katanya.

Tiada ulasan: