MALAYSIA DATELINE
Mantan Setiausaha Pas kawasan Besut, Anuar Ayub bersama 48 ahli Pas
yang lain menyerahkan borang penyertaan ke Parti Amanah Negara Kawasan
Besut kelmarin.
Borang permohonan itu diserahkan kepada ketua lujnah profesional
Amanah Besut, Profesor Datuk Dr Kamaruzaman di majlis penerangan Amanah
Kawasan Besut.
Turut serta di majlis itu adalah bekas Penasihat Undang-undang Pas,
Hisham Fauzi yang terlibat dalam penggubalan undang-undang Syariah II
Negeri kelantan dan RUU 355.
Majlis turut disertai Dr Mohd Radzi Jidin Ketua Bersatu Bahagian Ketereh sebagai penceramah utama.
Penyertaan ahli Pas kawasan Besut ke dalam Amanah itu dibuat atas
kesedaran mereka bahawa Pas telah jauh melencong dari matlamat asal.
Mereka juga mula menyedari sikap pimpinan Pas yang sentiasa berdolak dalik dengan kenyataan mereka sendiri, kata Anuar.
Amanah pula menyifatkan penyertaan ahli baru ini memberi semangat
kepada Amanah Kawasan Besut untuk terus mengadakan siri penerangan
kesedaran kepada semua peringkat masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan