HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 April 2018

PRU14 : HUKUM PAS KELANTAN – MUSTAPA




Rakyat Kelantan harus menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai medan bagi ‘menghukum’ kerajaan PAS yang gagal menunaikan janjinya sejak mentadbir negeri itu hampir 28 tahun lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata rakyat harus mengambil iktibar dan jangan mudah terpedaya dengan janji palsu PAS.

Beliau berkata, rakyat perlu membuat penilaian sewajarnya apa yang sudah dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan sehingga kini.

“Kalau belum laksanakan lagi rakyat patut menghukumnya pada PRU-14,” katanya selepas merasmikan program memperkasakan kesihatan pergigian Orang Asli – Doktor Gigi Masuk Kampung di Kampung Sungai Rual, di Jeli, pada Sabtu.



Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Bahagian Pergigian), Dr Rusli Ismail.

Mustapa mengulas mengenai janji terbesar kerajaan PAS Kelantan yang masih gagal dilaksanakan sejak 1990 lalu.

Antaranya termasuk pembinaan Jambatan Palekbang, Tumpat; Bandar Baru Dabong, Kuala Krai; Terminal Bas Bersepadu Kubang Kerian; Lebuhraya Rakyat; Pelabuhan Rakyat Kuala Krai; Stadium Bukit Merbau, Pasir Puteh; projek penanaman pokok depu di Gua Musang dan projek Agro Tourism Jeli.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata manifesto BN menyenaraikan janji yang mampu dijalankan untuk kesejahteraan rakyat dan tidak berjanji jika sesuatu tidak mampu dilaksanakan.


Tiada ulasan: