HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 April 2018

TIDAK YAKIN : FAKTOR PPBM DAPAT KERUSI SEDIKIT




Ketidakyakinan Pakatan Harapan (PH) terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) antara faktor utama parti itu hanya diberikan tiga kerusi Parlimen serta sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pengerusi PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari mendakwa pengagihan kerusi itu bukan mengambil kira faktor kemenangan PKR atau DAP, sebaliknya kerana PH menganggap PPBM merupakan parti baharu.

“Memang pada dasarnya PPBM dilihat sebagai parti baharu namun keahlian kami sudah mencecah 25,000 orang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon PPBM di Shah Alam, pada Isnin.

Bagaimanapun, Abdul Rashid berkata, PPBM akur dengan keputusan Majlis Presiden PH berhubung pengagihan kerusi tersebut.

“Memang pada mulanya PPBM mahu bertanding di 12 krusi milik Barisan Nasional (BN), tetapi apa juga kita perlu bersatu sebagai pakatan pembangkang untuk menumbangkan BN,” katanya.

PPBM hanya mendapat tujuh kerusi daripada 12 kerusi DUN Selangor yang dipohon iaitu Sungai Air Tawar, Batang Kali, Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih dan Dengkil, Selat Kelang dan Sijangkang.

Bagi kerusi Parlimen, PPBM di Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang. PKR mendominasi agihan kerusi DUN Selangor dengan 21 kerusi, DAP (16) dan Parti Amanah Negara (10).


Tiada ulasan: